Plot Twists

Hari ini terjadinya 2 plot twist dalam kisah kehidupan seorang Insyirah. (setakat sangat haha)

Pertama, kisah pendaftaran bagi musabaqah 2019. Hari ini merupakan hari terakhir bagi pendaftaran musabaqah tilawah dan tahfiz. Buat julung-julung kalinya, musabaqah yang dikelola oleh MKS telah digabungkan dengan musabaqah MUIS. Semoga sambutan penyertaan pun semakin baik ya.

Dipendekkan cerita~

Pejabat MKS tutup pukul 5.30 petang. Waktu tu, dah 3 petang dan belum siap apa pun. Belum iron tudung punnn. Sambil siap nak keluar daftar tu, sempat whatsapp kawan2 lain. Plot twist nya, mereka pun belum daftaaar :’) Jadi, daripada rasa sunyi, sorang bahkan menyalahkan diri sendiri kerana lewat hantar borang, tiba-tiba feeling jadi hero sebab dapat bantu kawan2 lain daftar sekali. Suka eh last minute~ (bab ni. Sebab tahun lalu pun last minute hantar borang. Bukan apa, rasa tak bersedia tu bersarang dalam diri…) Padan muka kena dengar ummi bertazkirah tentang kepentingan untuk perbetulkan niat nak masuk musabaqah dan tabiat buat kerja di saat akhir yang perlu diubah.

Alhamdulillah, sempat sampai MKS jam 5.

Kedua, merupakan kisah baju bridesmaid yang kalau boleh, nak cepat-cepat diselesaikan. Geng ibu, ummi, mama dan nenek dah tempah baju. Geng ayah, abah, pak long dan paksu dah beli di Geylang, baju melayu lelaki terakhir siap samping dusty pink mashaAllah. Cousins lelaki pula berkurta.

Yang bridesmaid niii. Size satu hal, stok lagi satu dan postage pun lagi satu halnyaa. Oh, harga pun. Hehe.

Disebabkan dah activate IG kan, sempat lah tinjau kedai2 online. Terrrjumpa ni:

Bestnya, Kakak majulah terus green light, Halimah pun green light. Majda no hal, go je orangnya. Susah tau kalau perempuan nak setuju satu design :’)

Terus msg seller.

Malangnya, seller kata tkde.

Wah…memang heartbroken. Sebab dah banyaaaak baju kte survey haha. Penat pula kan ><

Dengan hati yang pasrah, Insyirah pun mesej seller kalau dia boleh tolong suggest apape baju cantik yang dusty pink.

RUPANYA. Boleh order tapi tak boleh sampai time raya.

Wahhhh alhamdulillah sangat.

Ok dah tu je. Jom rehat. Terima kasih eh sudi baca kawan2 semua. Maaf campur bahasa.

Ayat of The Day:

1 more week~ May Allah ease our #RoadTo30

One thought on “Plot Twists

Leave a reply to siskien Cancel reply