Harga sebuah kemaafan

“Buat salah, minta maaf. Buat salah lagi lepas tu minta maaf.”

Seolah-olah saya seorang manusia yang tidak layak mendapat kemaafan darinya.

Kerana itu, Allah sahaja lah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Allah akan ampunkan kami selagi pintu taubat masih terbuka.

Manusia?

Mereka tidak akan faham betapa sukarnya suatu perubahan. Mereka tidak tahu jihad yang dilalui untuk menjadi cerminan yang lebih baik dari semalam.

Mereka bersifat pelupa. Mereka lupa segala kebaikan yang telah dilakukan. Satu kesilapan dibesarkan, diungkit lalu berlagak tuhan seakan kesilapan itu tidak akan pernah dapat ditebus.

Nasihat untuk diri sendiri, moga jangan bersedih terlalu lama.

Kali ini, saya akan berdiam.

Kali ini, saya akan menjauhkan diri.

Kali ini, saya akan meletakkan sumber kebahagiaan pada yang selayaknya, yang kekal selamanya.

 

Maafkan saya kerana tidak sempurna.

Maafkan saya kerana selalu membuat kesilapan.

Moga akan terbuka hatinya untuk memaafkan.

Moga saya tidak menyakiti, yang dahulunya sumber kebahagiaan di dunia yang sementara ini.

 

This too shall pass. Week 13 lesgo.

Leave a comment