Tak berapa pasti kali ke berapa saya ikuti acara akhir tahun di masjid kesayangan. Mana tak sayang, jatuh bangun di sana. Sejak tadika hingga berkerjaya. MKS telah menyaksikan si hingusan ini mula untuk menginjak alam dewasa. Manalah tahu, jika ditakdirkan dapat nikah dan disolatkan jenazah di MKS juga… Wallahu’alam.
Jauh sis fikir ya. Balik pada tajuk.
Tahun ini berbeza kerana buat pertama kalinya, youth development officer kami seorang Ustaz. Walaupun rindu tahap tiada batas pada seorang murabbiah(pendidik wanita), 2017 telah membuka minda saya untuk belajar berurusan dengan Ustaz dan ahli-ahli lelaki. Alhamdulillah, jujur saya gembira kerana dapat lihat setiap ahli fatayat (remaja wanita) dari komiti kita telah menggalas pelbagai tugas dengan baik. Asam garam kehidupan, adakalanya manis dan adakalanya pahit.
Cabaran dan matlamat 2018:
- Terus membawa segala yang telah dipelajari daripada pengalaman singkat di organisasi-organisai lain untuk diterapkan dan dibaiki dalam mksyouths sendiri.
- Mengimbangi masa dan terus meminta petunjuk dariNya agar dapat menjaga diri apabila berurusan dengan semua pihak – baik lelaki mahupun wanita. Allahu Haafiz.
Rabbanaa taqabbal minna (Semoga Allah terima dari kami – niat dan usaha)
