Baiti Jannati: Siblings Day

 

Kadangkala, perkara tu terjadi berkali-kali di depan mata.

Kita tak perasan.

Mungkin terlalu sibuk dengan dunia sendiri

mungkin juga telah anggap aksi itu lumrah, sudah sebati dalam kehidupan seharian.

Atau…kita tidak peduli dengan apa sahaja yang dilakukan si dia.

Ya Allah, seandainya hati ini terkunci dari melihat kebesaranMu dari segi apapun, Kau bukakanlah ia..

Ya Allah, seandainya hati ini lalai daripada mensyukuri nikmatMu, Kau jentiklah ia dengan ingatan hidayah petunjukMu..

Bertemankan rintikan hujan yang akur dengan arahanMu,
Maha Suci Engkau,
aku malu menjadi hamba yang sangat berupaya untuk berfikir.

Gerak geri adik yang sentiasa diam dalam gembira,
sepi tatkala duka,
tiada bicara ketika marah
hatta dalam kesakitan pun adik tak berkeluh kesah!

Sungguh, hati akak bagai hujan yang menangisi hebatnya pukulan hidayah kesedaran ini.

Sungguh, hati akak tak tertahan untuk menampung sebak yang berkepul-kepul bak asap, sesak di dada Allah sahaja yang tahu…

dan air mata keinsafan
bercucuran juga.

One thought on “Baiti Jannati: Siblings Day

Leave a comment