Bukan lagi 30before30

30before30 merupakan motivasi atau deadline untuk saya menghafaz seluruh Al-Quran. Tetapi cita-cita yang tidak dilangsungkan dengan cara yang teratur, akan hanya menjadi angan-angan.

Justeru, perkongsian Ustazah Erika tempoh hari seakan menjadi titik bermula saya aturkan cara, teknik, strategi untuk menggapai cita-cita.

Kenapa perlu susah-susah nak hafal? Sebab saya sedar saya perlu isi masa saya. Saya sedar saya tak layak dan saya yang sememangnya perlu sangat Al-Quran. Saya nak ditemani Al-Quran dalam kubur. Saya nak ibu ayah saya bahagia. Dan paling utama, saya nak anak-anak terbiasa dengan seorang ibu yang cepat mencapai Al-Quran berbanding handphone (masih work in progress doakan?).

Bulan Safar ini menjadi saksi usaha seorang insyirah yang masih bertatih, cuba istiqamah bersama cinta hati dan sahabat sejati – Al-Quran.

Al-kisahnya, saya diberi amanah untuk menjaga, menyantuni, dan memotivasi akhawat lain agar melazimi tilawah setiap hari. Semacam subject representative bagi subjek Al-Quran gitu. Jadi diri ini perlu jadi yang pertama, menjadi qudwah — walk the talk. Alhamdulillah, setakat ini akhawat sangat rajin, dan berhati baik sudi menerima teguran harian. Ada yang bekerja, ada yang sedang hamil… justeru saya rasa terpanggil untuk membantu, kerana nanti Allah pasti akan bertanya: masa terluang itu, dengan apa saya isikan?

Dalam perjalanan ini juga, Allah menghadirkan sahabat-sahabat Al-Quran, yang sama-sama mahu menjaga dan dijaga oleh Al-Quran di hati. Setiap hari, kita perlu istiqamah 10–30 minit bersama kalam Allah.

Inilah rahsia terbuka pencapaian satu juz bulan safar ini. Tak mudah. Adakala jiwa kalah dengan nafsu yang memberontak ingin mengisi masa dengan perkara lain. Disibukkan dengan anak-anak dan kerja rumah. Masa terluang bagai me-time dan waktu rehat. Lawan! Terus lawan bisikan-bisikan. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Pesanan lembut Ustazah Erika Al-Hafizah terus memujuk hati:

  1. Jatuh cintalah dengan perjalanan ini.
  2. Kalau tak masuk, tak hafal, ketahuilah Allah Maha Penyayang — setiap huruf tidak akan pernah disia-siakan.

Hati terhibur. Jiwa bersyukur.

Bulan Safar ini menyaksikan khatam pertama saya bagi Juz 1. Allahu Akbar! Setelah dua tahun menanti… 24 juz masih berbaki. Semoga Allah bantu untuk istiqamah dan merubah, merawat jiwa ini. Semoga anak-anak turut merasai tempiasnya.🤍🤍🤍

    Leave a comment