Dah bertahun tak tulis. Rasa gugup tak tau nak taip apa tapi hati sesak dengan penuh rasa untuk bumi ini – nak luahkan segalanya kalau boleh.
Semalam, 28 November 2024, bersamaan 26 Jamadil Awal 1446H, seorang yang kerdil lagi mencuba (trying to) telah menjejakkan diri di kota Madinah Al-Munawwarah bersama suami dan 2 insan yang tak bernoda. Ya Rabb, diri ini rasa sungguh tak layak. Tapi demi anak2 dan suami tercinta, saya gagahkan juga.
Terketar-ketar mencari segala hujjah yang boleh dikongsi bersama Rasulullah s.a.w kelak andai ditanya apa yang sudah saya lakukan untuk dikira sebagai umatnya?
Membaca hadith setiap hari? Menerbitkan buku ihya sunnah untuk kanak-kanak? Amalan dan akhlak pula bagaimana wahai diri?
Sayu. Tak terkata, rasa bagai tak ada hujjah.
Tak layak!
Ya Rasulullah s.a.w, maafkan seorang Insyirah yang hidup bagai roda. Kejap semangat, kejap ditarik arus dunia.
Dunia yang tenat ni masih nak dipuja?
Di pagi Jumaat sebelum fajr ini, seorang Insyirah menitipkan doa, agar umat ini kembali pada Sunnah mu. Kembali ingat pengorbanan mu. Melayakkan diri dengan mencerminkan serpihan akhlakmu yang indah.
Assalamualaikum Ya Rasulullah, kami rinduuu Rasulullah. Kami nak sangat jadi umat kebanggan Rasulullah.
Insyirah cuba ya. Terus mencuba.
