Maha Memaksa
Terdiam jap bila baca. Apa yang perlu aku paksa dalam hidup ni? Sebagai hamba kepada Al-Jabbar…..
Rupanya, indah sekali saranan dalam buku:

Baru je bincang dengan keluarga tentang trend asatizah hari ini. Agak sensitive topiknya tapi tulah…kita banyak tekankan feel-good dakwah. Amar ma’ruf.
Tapi bila bab nahi munkar, mad’u (orang yang didakwah) susah nak terima. Terperanjat bila dengar kes dari satu badan amal ni. Ustaz dituduh tidak berkebolehan lalu didatangkan seribu satu bukti untuk menjatuhkannya. Mujur kebenaran telah dapat ditegakkan. Rupanya, si penuduh, murid ustaz itu, kecil hati bila ustaz tegur mereka mengenai ikhtilat lalu membuat aktiviti yang berasingan antara lelaki dan perempuan.
Bab ni, baru saya faham kenapa sebagai hamba Al-Jabbar, kita perlu paksa diri untuk buat baik. Paksa diri untuk menegakkan kebenaran walaupun pahit. Paksa diri lawan malas 😦
Ya Rabb, berikan kami hikmah dan kekuatan dalam menjalani tugas sebagai khalifahMu…
