T-92, Al-Aziz

“Maafkan saya, anak saya tak dapat hadir kelas sebab kami tak dapat bayar yuran.”

Terdiam saya mendengar keluhan hatinya. Hari Jumaat yang indah terasa muram kerana terdengar getaran suara yang menahan airmata. Dia sedih kerana pelindung, imam dan ketua keluarga yang mereka harapkan telah hanyut dibuai ilusi dadah. Dari dalam bas hingga ke depan pintu kelas, saya tergamam. Tidak tahu nak nasihat apa maka saya diam dan mengiyakan – mampu memberinya ruang untuk meluahkan.

Teguran dari Ilahi kadang agak berkesan. Ternyata ada juga insan-insan yang dibelenggu ujian kehidupan tetapi terus cekal untuk mencari jalan keluar. Insan yang mengakui kelemahannya tetapi terus ingin meningkatkan diri untuk menjadi lebih baik.

Bagi ibu ini yang bagai patah sayapnya, yang cekal untuk meneruskan kehidupan demi dirinya dan anaknya, benar-benar mengajak saya untuk insaf. Insaf sebab Allah dah beri kesenangan untuk menimba ilmu agama. Insaf kerana ibu ini tetap bersungguh, bangun kembali, cuba cari solusi.

Masuk kelas je, Ustazah sedang dengarkan bacaan seseorang yang gigih datang kelas dengan 3 anak kecilnya. Salute sangat mashaAllah.

Pengajaran hari ini, where there is a will, there is a way sangat betepatan dengan asmaul husna:

Maha Perkasa.

Just nice kan teguran hari ini dengan asmaul husna ❤

The resilience to face any setback. To face any failure and take it as learning opportunities.

Easier said than done. #cuba

Leave a comment