First Full-time Job

Monday, 17th June 2019

Bismillah mashaAllah.

Diri terpanggil untuk menulis hari ini sebab terjadinya satu peristiwa dalam hidup yang agak penting iaitu – penandatanganan kontrak kerja sepenuh masa yang pertama dalam seumur hidup seorang Insyirah~

Bagi mereka yang telah bersama dari permulaan pencarian ini, sudah tentu mereka tahu mengenai setiap kekecewaan dan kegembiraan sebelum ini. Semoga inilah terbaik buat dunia akhirat dan agamaku. Allahumma yassir.

Jadi lepas dah tandatangan segala dokumen terus buat pre-employment check-up. Alhamdulillah semuanya okay kecuali tu lah…eyesight nye huhu. Please eh maintain good reading and screen time habits huhu. Nikmat sihat merupakan amanah yang perlu dijaga ya @diri sendiri.

Bila nak keluar medical centre tu, terserempak Director (immediate supervisor juga tu).

“Are you excited???” tanya beliau.

Excited ye. Nervous pun ye. Kheyr semuanya. ❤

Setelah berbalas khabar, cepat-cepat ku ucapkan selamat pada Director dan terus ke Bedok Mall untuk mengisi perut yang dah puasa semalaman dek check-up hari ini. Tetiba mesej masuk, jiran jauh ajak jogging. Alhamdulillah sangat Allah hantarkan manusia-manusia bersemangat seperti mereka. Dapat juga tawaf satu Bedok Reservoir tapi belum mampu lulus standard NAPFA laah. Haha.

Hari ni juga terpandang countdown yang semakin kecil nombornya. 159 hari lagi inshaAllah. Macam dalam mimpi. Tak percaya! Lepas tu, terpanik jap sebab jadual semakin padat, masa semakin singkat.

Apepun, Allahumma yassir 🙂

Leave a comment