Sayangnya Dia pada dia.

Cuba bayangkan bila kita suka seseorang dan orang tu pun suka kita kembali. Mesti tak sabar nak cerita pada kawan-kawan kan? Khabar gembira tu nak dikongsi dengan orang ramai. Macam tu juga bila seorang hamba tu bangun malam untuk bertahajjud.

Selain kelas xpress dan sibuk memanggil orang di talian, ni lah buku yang sempat dibelek di celah-celah masa yang dipinjamkan hari ini. Buku ni istimewa sebab ia hadiah dari Athirah 2 tahun lepas. Waktu tu, baru baca setengah. Moga kali ini, dapatlah diselesaikan dan meraih sebanyak manfaat darinya.

Antara yang menarik yang dapat dikongsi kali ini adalah cara-cara nak dapatkan cinta Allah. Bahasa sempoi sang penulis membuatkan pembaca rasa seperti sedang berbicara dengan seorang kawan rapat. Penjelasan bagi setiap cara diterangkan dengan contoh-contoh mudah tetapi relevan. Tapi tulah, ni ringkasannya sahaja ya:

Penjelasan penulis sangat masuk akal dan itulah yang membuat hati bertaut dan terima setiap peringatannya. Semoga istiqomah dan kuat untuk diikuti. Mohon doanya ❤

(Terjumpa kak Haz di sekolah + cantik sangat musolla pink tu ye. Terharu sebab sudi kongsi kegembiraan ini)

Ayat of The Day:

Leave a comment