Last halaqah for this month

Saturday, 23rd March 2019

First free Saturday of the year! Best sangat alhamdulillah. Nikmat sangat lepak kat rumah……..Ok time to get moving and be productive.

Had halaqah today and something happened which tested my patience. Nak husnudzan memang susah kan? Tapi perlu. Natijahnya, hati sendiri yang tenang. Alhamdulillah.

Some points from today’s sharing:

Tilawah: Read last 2 pages of Surah Zukhruf. Peringatan bahawa syaitan musuh yang nyata perlunya kita bertindak sekarang untuk menggapai kemenangan di akhirat.

Tazkirah: Tawakkal didahului dengan usaha. Usaha pun perlu yang terbaik. Saiyidah Maryam bila nak lahirkan tu, beliau tak baring je and tawakkal. Allah berinya petunjuk untuk menggoncang pohon kurma. Hingga ke saat-saat genting, beliau tetap usaha dengan usaha yang terbaik. Kak R yang baru lahirkan bayi 2 bulan lalu pun setuju. Bila nak lahirkan tu, perlu sangat untuk terus usaha jadi aktif katanya. Ceritanya, dia sempat jalan-jalan di Airport atas saranan doulanya walaupun dah terasa contractions. Natijahnya, senaaaang je nak push baby sebab dah usaha sebaik mungkin.

Jadi last minute belajar tu..hmm hmm, adakah itu usaha yang terbaik? Tepuk dada tanya diri ye.

Tauhid: Perkongsian tentang sumber makanan kita. Dari dalam perut lagi, Allah dah beri kita makanan tanpa kita perlu menyuruh badan kita (atau ibu kita). Bila dilahirkan pula, automatic susu ibu keluar untuk memenuhi keperluan bayi. Seterusnya, Allah hamparkan tanah, air, matahari dan seangkatan dengannya untuk menghasilkan makanan bagi kita.

Hadith: Kemanisan Iman

Shoutout to those yang belanja pizza tadi~ May Allah bless you all ❤

Tetiba dapat message dari future ummi. Tu yang terus nak tweet heart-shape sebab terharu~ Such a sweet heart mashaAllah. Semoga terus rasa macam ni for all 4 of them inshaAllah.

Biar tak selalu, agar hati rindu.

Ayat of The Day:

We reflected on our current friends and whether we benefit each other in His way…..

Leave a comment