Beza sangat bila bergaul dengan seseorang yang disantuni agama berbanding yang tidak mempunyai agama.
Semalam, saya termenung sejenak bila dapat tahu ahli kumpulan yang sentiasa tegar dengan pendiriannya dan sentiasa bercakap dengan nada yang kuat itu (ya, dia dari PRC dan dia bangga dengan statusnya itu) mengundurkan diri dari modul Exploring Asian Identities kerana tidak dapat bekerjasama dengan kumpulan. Dia menceritakan hal yang tidak benar kepada profesor tentang kumpulan kami padahal….biar Allah sahaja yang tahu. Mujur prof mendengar cerita dari semua pihak. Rasa macam ditikam dari belakang bila orang lain reka cerita tentang diri kita kan…
Berlainan pula dengan ahli-ahli kumpulan projek modul Medical Sociology. Semua beragama nasrani. Siap tanya khabar bila bersua dan saling memberi “welfare” berupa cemil-cemilan yang dijamin halal. Bila berbincang, mereka saling menghormati perbezaan pendapat dan sangat beradab. MashaAllah.
Pesanan pada diri: Moga dapat memberi cerminan yang terbaik buat agama sendiri.
Concluded week 9 of school with results from Accounting mod (alhamdulillah I passed. Such a miracle.) and a fill in the blanks quiz for Crime and deviance mod – what a killer. I prefer essays and MCQs.
Meanwhile we have a very smart student over at NUS eh mashaAllah. So proud and tumpang gembira 🙂
Ended the day with family dinner at home, a full house with 9 people (nenek + paksu). May Allah ease and bless the journey that Paksu will be taking inshaAllah. Jazakumullah kheyr Paksu sebab belanja~ ❤
Ayat of The Day:

