Deviant

Saturday, 16th February 2019

“Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya”.
Persoalannya, ilmu bagaimana yang akan menjaga kita?

Seperti hari-hari Sabtu yang sebelumnya, hari dimulakan seawal jam 7 pagi. Destinasi kali ini bukan ke Ansar tapi ke sekolah untuk make-up lesson sempena tahun baru cina tempoh hari.

Kelas berjalan seperti biasa walaupun agak jelas ruang seminar nampak lenggang kerana ramai pelajar tak dapat hadir.

Segalanya berjalan seperti biasa sehinggalah si teman menunjukkan gambar hasil lukisannya sendiri pada waktu rehat semasa kuliah yang kedua. Ternyata berbakat ya.

Nak dijadikan cerita, Prof baru sahaja syarah tentang teori Merton mengenai ciri-ciri manusia yang dianggap deviant. Manusia tu perlu memenuhi ciri-ciri berikut:

  • Tidak mengikut norma yang ditentukan masyarakat (legitimate cultural goals.)
  • Tidak mematuhi cara yang biasa dilakukan masyarakat (socially approved means to success)

Lukisan yang dikongsi merupakan lukisan seorang artis. Kerana ingin tahu siapakah orang itu, maka saya tanya dia. Dia terperanjat dan tak mampu nak kata apa-apa (drama eh kawan tu haha)

Padanya, ia satu perkara yang tak boleh dimaafkan sebab “semua” kenal mamat artis ni. Maaf lah ya.

Saat tu, saya dilabel sebagai deviant olehnya. (sociologists be like, terus nak apply theory pada keadaan zzz)

Memang tersentap juga. Terasa diri bagai katak di bawah tempurung sebab tak kenal artis ni. Huhu. Tak dinafikan, kadangkala, tertanya-tanya pada diri sendiri, to what extent must I be updated on current trends? I only have 24hrs~

Sedih sikitlah sebab orang panggil kte deviant kan.

Balik rumah terus ngadu pada keluarga. Malam tu, sempat baca satu bab daripada buku yang diberikan oleh Kak Nazihah. Nasihat yang diraih dari keluarga dan buku sama.

Ilmu Allah luas, takkan kte nak sempitkan pada ilmu mengenai artis2? Waktu kte terhad, Kte perlu prioritise ilmu mana yang penting. Dan bertabahlah, umat akhir zaman memang ghuraba. Memang aneh, ganjil dan seangkatan dengannya.

Special.

Anggaplah deviant tu satu motivasi untuk diri agar terus kuat dalam perjalanan ini. Current affairs penting. Tapi ada yang lebih penting. Akhir sekali, manusia akan sentiasa mengata~

Ayat of The Day:

Agama Nabi Ibrahim, Islam, merupakan agama yang fokus pada kebenaran. Ayat ni seakan menjawab soalan di awal post ni. Ilmu mana yang penting untuk jaga kita? Ilmu yang benar. Nama2 artis ti tak perlu sebenarnya.

P.s: Artis tu namanya Freddie Mercury :’)

Leave a comment