Hari Jumaat ni ibarat mengintai kita bila berjauhan. Bila masuk minggu yang baru, diri ternanti-nanti bila agaknya Jumaat nak sampai ya. Tapi bila ia hadir, terasa ia berlalu dengan begitu cepat sekali.
Diri bagai disuntik semangat untuk terus melayari kehidupan yang lumrahnya penuh tanda tanya, selepas perbualan singkat namun padat semalam. Terima kasih sudi layan luahan seorang Insyirah. Semoga semangatnya kekal mewangi dan berpanjangan.
Berbekalkan roti tuna yang disiapkan oleh Ummi, berkobar-kobar rasanya untuk ke sekolah. Setiap langkah diambil dengan hati yang tenang dan senang. Keadaan peak hour dalam MRT tidak sedikit pun menggugat mood hari ini. Saat melangkah masuk ke pejabat, diri disambut dengan suasana yang ceria. Meriah kerana setiap workstation berpenghuni. Jarang sekali dapat kedatangan yang penuh.
Walaupun ada masanya mendatar dan agak membosankan bila panggilan tak diangkat, ada juga saat-saat yang layak disimpan di kotak memori. Tersentuh bila ada makcik yang tanya khabar kita. Ada yang berkongsi pengalaman dan cerita suka duka. Dari segi rakan kerja, suka melihat semua berpusu-pusu nak capai KPI, iaitu 5 panggilan dalam masa sejam. Pada dasarnya nampak mudah. Tapi bila satu-satu tak angkat telefon, susah juga nak hit KPI. Jadi bila telefon berdering, dengan cepat kita berebut untuk mengangkat panggilan. Seandainya kita juga berlumba-lumba untuk menyahut panggilanNya…Ya Rabb.
Seperkara yang telah mewarnai perjalanan hari ini adalah saat mesej yang dikirim kepada Ustazah Fatimah Syarha dibalas. Ya Allah, seorang insan yang baru melahirkan anak kelima, suami yang telah kembali bekerja setelah bercuti 7 hari, dapat membalas mesej rindu saya padanya. Semoga Allah terus memberkati masa Ustazah yang berusaha untuk membahagikan masa untuk diri, keluarga dan masyarakat. ❤
Ayat of The Day:

Petang tadi, nenek buka saluran TV3 (rasanya lah) lalu ustaz tu pesan,
Teknologi bukan untuk dihapus tapi untuk diurus
Katanya, zaman Rasulullah s.a.w telah ada teknologi. Contohnya pada kisah Isra mikraj dimana baginda menaiki Buraq. Ia umpama kenderaan yang canggih, dapat tembusi langit ketujuh. Namun sebelum perjalanan itu, Rasulullah s.a.w dibelah dadanya dan disucikan dirinya.
Moral of the story: Antara cara mengurus teknologi dengan baik, pengguna perlu turut menghiasi diri dengan ilmu dan akhlaq yang baik. Agar penggunaan teknologi pun baik.
Hence ayat of the day ni, nak ketengahkan bahawa setiap dari kita perlulah usaha untuk beramal dengan amalan yang baik untuk kebaikan diri juga.
Summary:
- Masa
- berlumba dalam kebaikan
