Al-Ibrah Week 1

Topik: Al-Ibrah – Kisah-kisah dari Al-Quran

Pensyarah: Ustazah Dr. Sakinah Saptu


Definisi ‘Ibrah: Dars (pembelajaran), ‘Izoh (nasihat)

Jumhur ulama mengatakan ‘Ibrah bermaksud: Iktibar (Pengajaran yang terkandung dalam peristiwa tersebut. Peristiwa yang telah berlalu dan yang akan terjadi.)

Perkataan al-‘ibrah disebut dalam Surah Yusuf, ayat yang terakhir.


لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً
 لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.

12:111

Dari ayat ini, dapat disimpulkan fungsi-fungsi Al-Ibrah (benefits):

  • Iktibar-iktibar di dalam al-Quran menyentuh tentang pelbagai cerita. Namun, perlu diingatkan bahawa cerita-cerita ini adalah untuk ( لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ) mereka yang mempunyai akal. Maka, cerita-cerita ini adalah untuk difikirkan bukan sekadar untuk menunding jari atau terlalu asyik dengan apa yang telah berlaku pada kaum terdahulu sehingga terleka lalu terlupa untuk membuat muhasabah pada diri sendiri #sentap
  • (مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ ) Cerita-cerita ini tidak direka.

Ia diceritakan untuk:

  1. تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ ) Membenarkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu. Walaupun ada cerita-cerita yang nampak repeated, ia sebenarnya untuk menguatkan lagi cerita itu.
  2. ( وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ  ) an ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu.
  3. ( وَهُدًى  ) petunjuk
  4. ( وَرَحْمَةً ) rahmat

Hakikatnya, manusia dan cerita tidak dapat dipisahkan.

Sejak dahulu kala, manusia suka bercerita. Kini, kita disajikan dengan adanya pelbagai drama. (Kerana ada demand, ada lah supplynya)

Hatta di media sosial, ada Insta STORY. Semua nak dicerita kan? :’)

Fungsi cerita adalah, antara lain untuk menarik perhatian dan mampu menjentik emosi. Kalau cerita sedih, kita turut sedih. Gembira, marah dan sebagainya.

Tetapi, sama tak perasaan kita apabila baca kisah dalam Al-quran? Mampukah hati dan jiwa kita merasakan jentikan emosi sewaktu membaca cerita dari Allah?

Solusi? Perlu praktis, perlu pupuk agar suatu hari nanti, apabila kita baca cerita dari Al-Quran, kita dapat feel.

Sebagai wanita yang penuuuh perasaan, indah jika perasaan kita dipandu Al-Quran dan As-sunnah ❤

Ikut rasa, binasa

Ikut hati, mati

Ikut iman, aman

Metod penceritaan turut digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan hadith. Contoh: hadith mengenai tawassul dengan amalan baik ketika menghadapi kesusahan. (interesting hadith check it out!)

Hikmah daripada hadith ini: Lakukan amalan baik dengan seikhlasnya. Kerana mungkin suatu hari nanti, ia mampu menjadi wasilah untuk Allah bantu kita.

Format kisah-kisah Al-Quran

  1. Issue, problem statement
  2. Method, research methodology
  3. Hasil Kajian, findings

Terpanggil untuk menulis dalam bahasa Melayu sebab Ustazah’s Melayu powerrrr mashaAllah. Till the next lesson inshaAllah.

Leave a comment