Saya melangkah masuk bilik bundar itu.
Rindu? Mungkin. Sudah sebulan kot saya tidak ke kelas.
Khuatir? Sangat. Terasa sangat jauh dari sasaran yang diletakkan.
Malu? Ya, semestinya. Sahabatku S yang tinggal di barat Singapura mampu untuk istiqamah setiap minggu. Huhu. Insaaaflah.
Hati tersentak apabila gambaran di minda tidak sama dengan apa yang dilihat. Bilik bundar yang mendamaikan hati itu dipenuhi adik-adik solehah dari Madrasah Al-Ma’arif dan Aljunied.
“Eh? Ramainya orang..”
Mujur ada sahabat-sahabat Projek Aceh. Jadi saya tidaklah rasa janggal sangat. huhu. Tetapi rasa familiar sangat dengan adik-adik dari aljunied tu. Satu-satu merupakan hasil tarbiah Irsyad juga~
Bilik bundar inilah yang telah merakam banyak kenangan terindah waktu saya muda dulu. hehe.

Pesan kakak pada adik-adik (kalau ada yang terbaca blog ni ke..) dan diri sendiri, peluang untuk duduk bersama rakan-rakan dan berjuang hanya datang sekali. Saat-saat indah semasa sekolah tak mungkin kembali. Nikmat adalah apabila ada kawan yang mendengarkan hafalan kita sebelum ditasmi’ oleh ustazah. Rindu adalah sama-sama berlumba untuk menghafal lebih banyak. Gembira adalah berpakaian seragam sekolah dan lepak dengan ayat-ayat cinta Allah bersama. Sahabat-sahabat ini luar biasa kesannya dalam hidup kita. (Teringat semasa menengah 1, kami hantar emel pada sekolah agar kekalkan kelas kami. Alhamdulillah, sekolah meraikan alasan-alasan kami..) Untuk diri sendiri, ingatlah bahawa Allah yang sangat Penyayang telah pun meminjamkan insan-insan seperti Syafiqah, Syakienah, Arifah, Ezza, Afrah dan Muhsinah. Biar lambat asal selamat ya semua~ ❤
Oh Tuhan jujur saya rindu. Tapi hidup perlu diteruskan. Perlu terus melangkah. Doa saya agar sahabat-sahabat yang bersama dahulu tetap kuat dan bahagia dalam lapangan masing-masing. ❤
