Kadangkala ia Terjadi Sebagai Peringatan Untuk Diri Sendiri

Diri asyik tertanya tentang usul masalah individu ini. Adakah masalah beliau terbit dari minda? Keluarga? Masyarakat? Daripada pengamatan kami yang amat terhad, sebenarnya pelbagai aspek dalam kehidupan beliau yang telah mencorakkannya sebegitu. Saya yang penat dari sehari suntuk bekerja diuji dengan kesabaran yang menipis. Mujur ada N. Kami berdua terasa negatif dengan apa yang berlaku. Tetapi kemudian tertawa kerana [negatif + negatif = positif]. Dan itulah harapan kami. N dan saya terus positif selepas itu. :’)

Tanpa disedari, acara tempoh hari bukan sahaja mengajar dan mengingatkan diri tentang kesabaran. Lebih dari itu, peristiwa Hari Ahad mengetuk pintu keinsafan, kesyukuran dan peluang untuk mengenali N serta keluarganya dengan lebih dekat. Suka sangaaat dapat faham sedikit sebanyak tentang Ummi dan Abah. N begitu comel dengan gelagatnya yang proaktif dan tak sepi dari cerita. MashaAllah. Lalu ada situasi-situasi tertentu yang membuat hati terdetik betapa dirinya sangat mencerminkan diri sendiri.

Syukur.

Syukur atas nikmat keluarga.

Syukur.

Syukur atas nikmat sekolah.

Syukur.

Syukur atas peluang untuk kembali bersyukur.

Ya Allah, forgive me whenever I whine…

 

Leave a comment