Tadabbur Surah Al-Alaq

Bismillah…
Dalam surah Al-Alaq bermula denganاقرأ (baca – mencari ilmu). Semua faham tentang kepentingan ilmu ini..,tetapi dalam surah ini berakhir dgn واسجد واقترب. Akhirnya apa jua ilmu yg kita perolehi adalah utk mencapai matlamat akhir, nak lebih  واسجد واقترب

اقرأ — واسجد واقترب
Ilmu tak sepatutnya menjauhkan kita dari Allah, ilmu tak sepatutnya menjadikan kita angkuh (ananiyyah- I- Saya) tapi ilmu membuat kita bertambah nak sujud pada Allah, nak sentiasa dekat pada Allah. Sebab kita kene ingat selalu janji kita pd Allah – بلى شهدنا

– Ustadzah Aisyah

MashaAllah perkongsian yang sangat sentap buat diri sendiri. Selama ini, saya terlalu fokus pada ayat perintah “baca”. Baca dengan nama Allah. Rupanya, jika seseorang dapat membuat perintah-perintah Allah keranaNya, akan kembali tawadhu’ sebagai hamba. Akan dekat dengan Allah dan akan jauh dari sifat iblis.

Allah dah gariskan panduan yang ringkas bagi kita.

  • Apa yang perlu dilakukan: Baca/Timba ilmu
  • Bagaimana: Niat kerana Allah
  • Natijah: Sujud dan dekat padaNya
  • Inilah resepi agar dapat menjauhkan diri kita dari sifat yang mampu hindari manusia dari mencium bau syurga. Sifat sombong telah mengeluarkan iblis dari syurga, selamanya. (Naudzubillah min dzalik)

Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Tunduk pada Allah.

 

 

One thought on “Tadabbur Surah Al-Alaq

Leave a comment