Elya, Yusra Rindu.

photo_2018-06-20_07-44-38Apabila watak-watak fiksyen menjadi realiti. Indah sungguh perasaan yang dirasai. Perlu cubit diri agar sedar diri tidak hanya bermimpi…

Elya Khadeejah dan Asiah Yusra. Nama yang tidak janggal lagi dalam kamus hidup kita kan, sahabat? Meskipun jarak memisahkan, namun saya tetap pegang utuh setiap ingatan tentang awak. Bukan semua nasihat atau perbuatan yang dapat saya ingat secara jelas. Namun perasaan dan natijah kehadiran awak sewaktu kita sama-sama mencari diri, sama-sama berumur 13 tahun yang dikira masih lagi tahap budak hingusan itu, sangat terkesan dalam hidup saya hingga saat ini.

Watak-watak yang diberi gambaran positif menjadi sebahagian cita-cita kita. Buku Tautan Hati karangan Ustazah Fatimah Syarha menjadi seakan pedoman kita, bual bicara kita, pencetus ukhuwwah antara kita.

Sedar atau tidak, kini ia mencerminkan keadaan kita. Awak ke Jordan, seperti si Elya Khadeejah. Saya pula meneruskan perjuangan di tanah air tercinta. Masing-masing dengan cabaran yang perlu dihadapi.

Sahabat, jarang sekali kita berbicara. Mesej yang dikirim lewat instagram buat saya ternanti-nanti khabar awak. Kadangkala sehingga saya terlupa yang saya telah hantar mesej sehingga awak balas. Terlintas di fikiran, mungkin wifi di sana tidak sepantas di sini. Mungkin awak sibuk berjuang demi agama. Semua ini membuat saya malu dengan diri sendiri yang sibuk duk depan media sosial entah apa-apa yang dilakukan. Sahabat, ketiadaanmu menjadi tarbiah buatku. Apatah lagi jika awak ada di sisi. Kadangkala saya tangisi nasib sendiri kerana saya tidak mampu kuat selamanya. Saya percaya awak akan terus kuat di bumi anbiya. Awak tetap berprinsip seperti setiakala. Jika awak mampu, saya juga perlu terus cuba untuk kuat. Doa saya tidak putus untuk awak, sahabatku. Moga perjuangan ini diakhiri dengan pengakhiran yang baik. Husnul khatimah inshaAllah.

Sahabat, semoga dengan meningkatnya usiamu hari ini, tanggal 17 Jun, akan meningkat juga keimanan, amalan dan ilmu awak pada jalan Allah. Walaupun saya bukan peminat sambutan hari lahir, tanggal itu cukup istimewa kerana terlahirnya seorang sahabat yang dahulunya nampak segala kekurangan diri namun tetap ingin bersama, melakar langkah untuk menggapai redhaNya.

Oh Tuhan, berkatilah persahabatan ini hingga ke jannah. Aameen ❤

Leave a comment