Indahnya saat berbuka puasa

Syahidah tersentak apabila countdown pada screen handphonenya menunjukkan “90 days to Ramadhan”

Pejam celik. Pantasnya masa berlalu!

90 hari…

Tak lama lagi tu. Dia sedar dia perlu melatih diri agar sedia untuk menghadapi 1 bulan yang penuh barakah. Teringat pesanan Prof Hiro dalam kelas tempoh hari, persediaan fikiran mampu mengubah sejauh mana kita dapat mengambil manfaat dari situasi-situasi yang bakal melanda. Sekalipun didatangi badai atau cabaran secara tiba-tiba, minda yang sentiasa sedia akan cepat menerima dan mencerna setiap apa yang berlaku. Lalu ia dapat mengatasi situasinya dengan baik.

Syahidah memikirkan hal tersebut. Betul kata prof. Aku perlu bersiap sedia untuk ketibaan tetamu yang dinanti-nantikan. Aku tak boleh puasa jasmani sahaja. Hati dan fikiran perlu puasa dari perkara-perkara yang mampu menarik perhatian aku jauh dari Allah. Getus hatinya.

Lebih-lebih lagi penggunaan media sosial. Adakalanya berjam-jam dia meluangkan masa untuk penggunaan instagram dan twitter. Lalu teman baiknya, Al-Quran diberi beberapa minit sahaja.

Syahidah mula mengatur langkah untuk menyiapkan dirinya menjelang ramadhan. Adakalanya dia memaksa diri untuk membaca beberapa helai muka surat Al-Quran. Melazimkan diri untuk cuba menyempurnakan solat dengan menambah solat sunat qobliyah dan ba’diyah. Dia juga cuba untuk berpuasa sunat. Alhamdulillah, dirinya tidak keseorangan apabila satu-satu dari teman baiknya mula menggantikan puasa masing-masing. Mencipta suasana sangat penting agar diri terus bersemangat.

Indahnya… Fikir Syahidah.

Seindah….penantian ini. Segala jenis penantian dalam hidup akan terasa indah apabila si hamba menahan diri semata-mata untuk meraih redha Penciptanya. 

Fikiran Syahidah mula melayang pada seniornya. Entah apa khabarnya.

Sudah seminggu Syahidah tidak mendengar khabarnya.

Ada baiknya Syahidah membuat keputusan untuk mengelakkan diri dari terlalu aktif di media sosial. Dia terasa ada perasaan-perasaan baru yang mula timbul setiap kali Haaris membalas mesejnya.

Syahidah khuatir hatinya mati kerana asyik dengan buaian perasaan yang tidak berpagarkan iman dan tidak pula disaluti redha Pencipta hatinya.

Dia teringat kekata azimat dari penulis serta ustazah yang dikaguminya itu, Ustazah Fatimah Syarha. Menurutnya, seandainya seseorang itu memang untuk aku, pasti akan disatukan juga. Hmm. Saat tu, hari-hari boleh ambil tahu tentang dia dan hari-hari itu jugalah dikira sebagai ibadah. MashaAllah. Indahnya kalau tunggu sekejaaaap je lagi. Indahnya bila kita melalui jalan yang Allah redha.

Indahnya sebuah penantian, seindah saat kita berbuka puasa.

Syahidah, sabar k? 🙂

Bayangkan,+joaquim (1)

Leave a comment