Kita ni, hidup untuk makan atau makan untuk hidup?
Eh apa bezanya? Bukankah kededuanya saling memerlukan?
- Hidup untuk makan membawa maksud bahawa tujuan hidup seseorang itu adalah untuk makan. Kehidupannya berkisarkan pengisian dunia semata-mata. Apa yang difikirkannya hanyalah hal ehwal makanan.Makan apa lepas ni? Sedapnya itu! Tak sedapnya ini!
Remeh. Temeh. Emeh. Eh?
- Makan untuk hidup pula membawa cerminan bahawa makanan dijadikan sekadar alat untuk membantu kita menjalani kehidupan ini dengan baik. Matlamat kita akan lebih luas jika tidak disempitkan dengan hal ehwal dunia “hidup untuk makan”.
Sebenarnya, saya hendak sentuh fatabiquu #1 dalam penulisan kali ini.
Fastabiquu yang bermaksud bersegeralah adalah kempen kecil yang bercita-cita untuk mengajak lebih ramai lagi sahabat untuk bersegera.
Nak bersegera ke mana pula ni?
Bersegera untuk merebut peluang membuat amal yang baik 🙂
Masa kita singkat kan sahabat semua? Pejam celik je, semester 2 tahun 2 di universiti hampir melabuhkan tirainya. Sambil menyiapkan assignment tadi, fikiran menerawang jauh. (Tak jauh mana…Masih di Singapore)
Saya tiba-tiba terfikir,
sebagai manusia, apakah jasa saya?
Titipan Tuhan ini, apakah hasil daripadanya?
…Abang sebelah tiba-tiba sendawa.
Baunya menusuk ke seluruh rongga hidung (dan jiwa)…
Hmm, apakah kita sebagai manusia hanya hidup untuk makan, kemudian sendawa sesuka ria? (Er…Harap abang sebelah tak terasa.)
Atau…
Kita makan untuk hidup. Lalu dengan kudrat dan nafas yang baru, kita mampu mengorak langkah-langkah yang mampu dibanggakan Tuhan?
Fastabiquu!
Bersegeralah membuahkan hasil,
wahai sahabat.
