Syahadah: Penyaksian

Tersentak.

Tak mungkin.

Kata-kata prof bak angin yang sepoi, tidak terasa, tidak kedengaran. Petang itu, Syahidah terpaksa mengingatkan dirinya untuk bernafas. Perasaannya tidak menentu, kali ini, dia terasa keseorangan dalam lautan mahasiswa yang lain dalam Kuliah Penulisan Kreatif.

Think of an incident where your heart broke.” Prof meneruskan sesi pembelajaran, suara lantangnya menggegarkan bilik seminar Universiti Pengurusan Singapura.

Bebanan fikiran dan perasaan mula reda, suara prof menarik perhatian Syahidah ke alam realiti.

I just got my heart broken… Hatinya berbisik.

Pilu.

 

Leave a comment