Cinta Muka Buku : Fitrah/Fitnah?
Sejujurnya, tarikan pada topik kali ini tidak sehebat jika dibandingkan dengan alam persekolahan beruniform pada suatu masa dahulu. Persoalan cinta bukan sudah layu dalam kamus hidup tetapi mungkin kerana komitmen dan pandangan dunia sudah mula berubah arah (ataupun baru hendak terarah?), topik-topik yang menarik perhatian juga turut berubah. Namun, berpandukan hidayah Allah dan izinNya, aturan aktiviti hari ini terasa indah dan bermakna sekali! Alhamdulillah.
Ceramah bersama penulis tersayang membuka tirainya di rumah Allah yang terletak nun jauh di sana. Saya berfikir bukan sekali bahkan berkali-kali sebelum akhirnya ditetapkan hati untuk ikut serta. Bukan selalu penulis dan pendakwah tersayang ke tanah air saya! Ta’asub? Tidak. Cukup sekadar mengagumi, wanita berprinsip itu. MaashaaAllaah.
Bertemankan seorang Kienah, saya cukup bersyukur kerana mendapat siraman motivasi pada diri yang cukup gersang. Akhir-akhir ini pula, banyaaak sangat yang kerap belenggu fikiran. Hmm.
Ustazah memulakan bicara dengan mengingatkan kami; haadiraat yang terdiri dari nenek-nenek, ibu-ibu, kakak-kakak dan adik-adik akan matlamat hidup. Katanya, kehidupan kita ni ibarat dinding Audi di kiri hingga dinding yang kanan. Diantara keduanya adalah ujian demi ujian. Hidup kita adalah ujian! Lalu pada setiap perhentian itu, Allah menduga keikhlasan dan kesungguhan hambaNya dalam sebuah ketaatan. Ini lebih dikenali dengan istilah “Ahsanu ‘Amal” seperti yang difirman dalam Surah Al-Mulk ayat kedua. (Cuba selak sikit Al-Quran hehe)
Ahsanu ‘Amal berhubung rapat dengan topik malam itu. Ahsanu ‘Amal merupakan rakaman cinta yang terbaik untuk yang berhak dicintai. Allah ingin lihat respons seorang hamba dalam menangani Fitrah cinta itu. Bagaimana kita menguruskannya agar mengikut piawai dan landasan Islam.
Pentingkah perbincangkan CINTA ni?
Penting sangaaaat. Kerana cinta boleh dicerna dari pelbagai sudut. Cinta pada harta, manusia dan sebagainya. Maka, perbincangan malam itu memberi tumpuan pada hakikat mendepankan lalu mencintai Allah sebagai yang utama dan yang pertama.
Jika dilihat pada kisah-kisah anbiya’, betapa hebatnya pergantungan mereka kepada Allah.
-Nabi Adam a.s. bergegas kembali padaNya setelah tersilap langkah
-Nabi Ibrahim rela mengorbankan si cahaya mata
Pada contoh-contoh ini, terdapat pelajaran yang cukup #tersentap dibuatnya. Bagaimana Cinta ALAT dihunus agar mendapat cinta berMATLAMAT. Berbalik pada contoh Nabi Ibrahim a.s , dimana cinta pada anaknya Nabi Ismail a.s, dijadikan sebagai alat/jalan untuk membuktikan cintanya pada Allah. Anak itu dikorbankan untuk meraih cinta Allah.
Pada kisah Nabi Musa a.s pula, Allah mengujinya agar berdakwah pada Fir’aun. Berpunca dari suruhan kasih ini, Nabi Musa a.s justeru berdoa agar diberi alat-alat yang akan dapat meringankan misi cinta yang bermatlamat. Nabi Musa a.s berdoa agar diberikan kelapangan dada, kemudahan pada urusan, kesenangan dalam pertuturan dan melantik penolong daripada keluarganya sendiri. Matlamatnya disingkap pada ayat 33 and 34 Surah Toha dimana Nabi Musa a.s mengharapkan agar dengan bantuan alat-alat ini, mereka akan sentiasa mengingati Allah.
Cinta utama
Cinta pertama.
Ringkasnya, daripada perkongsian Ustazah, saya jadi bersemangat seakan tanaman layu yang dilimpahi rahmat hujan, rahmat Allah atas diri ini. Berlatarbelakangkan institusi yang lebih cita-citanya, pantas melangkah dan cemerlang sebagai visinya, saya pun tak terlepas untuk melangkah bersama. Bezanya, cita-cita yang berpandukan dunia semata cepat hilang erti. Oleh kerana gersang dan sepi, saya mesti memburu pengisian rohani! Moga ditetapkan hati. Aameen.
Alhamdulillah ‘ala hadhizi fursah ma’ahaa <3..


