Tahun 1, Semester 2

Pentingnya niat sebelum melaksanakan sesuatu terbukti kebenarannya. Kali ini, lebih sentap dari sebelumnya. Entah mengapa, diri ini tak mampu untuk mencari alasan dan motivasi untuk ikut serta program CIP yang sekian lama dinantikan, yang sering kali dibicarakan bahkan dialu-alukan oleh seniors yang hebat-hebat belaka.

Amanah yang digalas?
Tugasan yang tiada hentinya?
Komitmen yang berpanjangan?

Jangan tersilap. Saya suka melibatkan diri dan menyibukkan diri. Ia lebih baik untuk diri ini daripada termenung melayan angan-angan sendiri. Bahkan, ia juga merupakan perintah Tuhan. Usaha dan terus usaha. Natijah dan implikasi? Serahkan padaNya.

Justeru itu, apabila HP sunyi, sementara rakan-rakan yang tersayang menerima berita gembira. Gembira dan tumpang bahagia untuk kalian! Saya pasrah dan redha. Bukankah awal lagi da tawakkal? Walaupun di sudut hati memang mengharap. Mengimpikan sebuah musafir dengan rakan-rakan seperjuangan.

Balik pada topik, hati dan niat tidak diletakkan pada tempatnya. Tiada motivasi khusus, maka secara tidak sedar, saya tidak letakkan usaha yang baik dalam persiapan sebelum menghadapi sesi interview. Ummi abah tahu betapa saya berfikir dua, tiga, empat kali untuk ikut serta ataupun tidak CIP luar SG.  Abah kata, pergi sahaja! Cuba dan raih pengalaman. Seperti biasa, saya seseorang yang mudah segar dengan kata-kata semangat dari mereka. Tetapi persiapan menjelang interview memang sedikit. Bagai mahu tak mahu sahaja. Tiba hari itu, ayat ikut hati yang dilontarkan. Gagasan idea pun tidak tersusun. Orang bijak pandai kata, gagal untuk merancang sebenarnya adalah rancangan untuk gagal. Ya, benar dan tepat!

Ala kulli haal, saya redha. Segala puji bagiNya atas pengalaman ini. Moga insaf! 🙂

Meanwhile, these happened throughout week 2:

Spirituality and Knowledge : Striking a Balance daurah at NTU. My first time attending their event which I was initially really nervous about especially the fact that I went alone and thus, if I get lost, it’ll mean me, myself and I. So I was thankful for Kak D’s and my cousin’s directions! Not forgetting, God-sent Farhana whom I sat with in the MRT unknowingly and is currently a student there. Alhamdulillah sangat!

Nice event!
One of the other highlights was this MS photoshoot. Which I still cringe and ask the reason behind one. Nevertheless, this is my favourite shot
I love them. 
Photoshoot was immediately followed by musolla clean up.

 And of course, my girls. Had a short yet meaningful meet up with my happy pills. May Allah bless them!

Alhamdulillah for all these inputs. They make me feel sane. Come week 3!

Leave a comment