Sebenarnya, kehidupan memang penuh dengan ujian. Setiap perhentian, setiap detik ada ujiannya. Tapi untuk kali ini, saya khususkan ujian yang berupa imtihan di sekolah!
Alhamdulillah, pejam celik je (tak ye. Sebenarnya sampai menangis kerana terlalu stress!) kita sampai ke penghabisan semester pertama dalam pengajian. Selamat sampai atau tidak? Keputusan masih dinanti-nantikan. Mohon doanya! Moga husnul khotimah inshaAllah.
Kembali pada al-kisah.
Sejujurnya, update kali ini adalah untuk mengingatkan pada diri akan kepentingan sebuah persiapan yang syumul. Maknanya, persiapan tidak boleh di saat akhir walaupun mungkin ia telah menghasilkan natijah yang agak baik.
Wahai diri, saat-saat beginilah yang akan dirindui. HAHA.
Moga cuti sebulan ni dimanfaatkan sepenuhnya. InshaAllah.
Allahumma baariklanaa fi waqtinaa wa hayaatinaa. Aameen.




