Niat dipasang dari langkah pertama kaki menjejaki luar rumah.
Niatnya agar jalan yang ditempuhi bagi menimba ilmu dipermudahkan.
Saya akui memperjuangkan minat yang dihambat amat sukar.
Saya akui perjalanan bagi menuntut ilmu tanpa sahabat seperjuangan turut menghambat diri.
Namun, minat peribadi dan dorongan keluarga digenggam erat.
Langkah diteruskan sambil menongkah arus fikiran yang negatif.
Sampainya di kelas, kehadiran disambut dengan baik. Ustaz tidak henti mengalunkan bahasa syurga. Terpegun, rindu, syahdu dibuatnya. Suasana amat berbeza dari sebelumnya!
Terdetik juga di hati, alangkah baiknya jika saya telah lama mengikuti kelas ini!
Ustaz begitu semangat, prihatin dan memahami.
Ustaz memanggil saya dengan gelaran yang unik. Ini kerana tiada seorang guru pun yang memanggil saya dengan nama kedua saya.
Selesainya kelas, saya terus mangatur langkah untuk pulang. Di perhentian bas itu jugalah, tiba-tiba rasa sebak, kerana tidak mampu menggambarkan perasaan di jiwa. Saya hanya mampu bersyukur atas pengalaman dan kesempatan yang diberi oleh Ilahi.
Saya tekad. Saya sedar. Keputusan setengah tahun bagi tahun kedua ini ada yang meningkat ada juga yang turun. Maka saya akan terus usaha, usaha dan usaha. Rakan sekalian tolonglah doakan saya. 🙂
(Seminggu lagi untuk Kertas H1 Bahasa Melayu)
(Tahniah Iman!!!!!!!!)
Ala kulli haal,
Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah.
