BETULKAH MAHU KE BUMI ANBIYA’? (an excerpt from Ustaz Hasrizal’s post)

      Di musim pasca keluar keputusan peperiksaan SPM, STPM, STAM dan lain-lain, pelajar-pelajar yang hendak menyambung pelajaran ke bumi Anbiya, ke Mesir, ke Jordan, ke Yaman itu, mereka semua perlu digertak.

 Ditakut-takutkan.
Diancam dengan tanggungjawab yang mereka akan pikul di bahu, sebagai anak muda terpilih yang dihantar menadah ilmu di bumi yang menadah wahyu, bekas tapak-tapak kaki Anbiya’ yang beribu.

 Biar ramai yang lemah semangat.

Biar ramai yang berfikir semula.

 Agar yang akhirnya nekad untuk tidak gentar dengan gertakan, membulatkan azam untuk terus berkelana, adalah anak muda yang tidak akan menghampakan kita. Yang akan pulang berbakti membantu kita dan anak cucu kita. Kembali sebagai pejuang agama. Yang beriltizam dengan keilmuannya. Bukan merepek dalam ceramah, penuh dengan Qīla ‘ala wazn Gila!

300 pelajar di bumi Anbiya’ yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu, lebih utama daripada 3000 yang bergelak ketawa, yang sibuk dengan koleksi kasut dan jaket berjenama hasil ‘menyelam’ mereka di lautan barangan bundle, yang berangan-angan mengaji di negeri orang Putih tatkala pipi disapa salji di celah pohon rhu, malah yang membuat khurafat di kuburan, memuja masyaikh lebih daripada meneladani dan mengaji seperti masyaikh mereka, lebih-lebih lagi yang keluar kelas Hadith, berdua-duaan dengan kekasih sebelum masuk ke kelas Usul al-Fiqh. – See more at: http://saifulislam.com/2014/04/tetamu-dataran-syam-antara-targhib-dan-tarhib/#sthash.XjyoRPQA.dpuf

Leave a comment