InshaAllah

Indahnya Islam.

Apabila berjanji, kita disuruh mengucapkan, “Jika Allah menghendaki” .
Kerana kita sedar, kita  hanya manusia yang penuh kekurangan. Hanya Allah yang dapat menentukan jika sesuatu yang dirancang akan dapat terlaksana, atau sebaliknya.

Indahnya Islam.
Jika harapan dan usaha terlaksana, umat Islam selayaknya kembalikan kesyukuran kepada yang Berkuasa.
Jika tidak, kita tidaklah terlalu hampa. Kerana kita tahu, Allah ada rancangan yang lebih baik!

Namun jika keindahan Islam tidak dilaksanakan, contohnya kita terlupa mengatakan “Jika Allah menghendaki”, maka hati boleh berubah bangga bila cita-cita dikecapi. Juga boleh jatuh menangis dengan kemahuan yang tidak kesampaian.

Seperti kini. Saya sedang sedih kerana termakan janji-janji yang tidak disertakan “Jika Allah menghendaki”. Saya sedih dengan lagak orang-orang yang menanam harapan lalu amanah langsung tidak dihiraukan! Saya sedih!

Keindahan Islam mempunyai hikmahnya…
Keindahan Islam begitu memujuk jiwa…

Moga, kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang hanya menabur janji semudah menghirup udara milik Yang Berkuasa.
Moga, kita sentiasa ingat untuk mengucapkan “Jika Allah menhendaki” pada setiap pekerjaan kita.

Pintalah padaNya!

Leave a comment