Namun begitu, setelah meneliti silibus baru itu, hati berbunga-bunga dan anehnya ada perasaan cemburu kerana buku yang akan dikaji mereka merangkumi hasil tulisan dari sasterawan-sasterawan yang saya kagumi. Lebih-lebih lagi apabila sudah bertemu kebanyakan dari para penulis secara langsung! Teringat pengalaman sebagai seorang relawan -yang amat mentah- bagi acara SWF 2013.
Kesimpulannya di sini ialah, saya amat gembira dengan pembaharuan ini yang bermakna sasterawan-sasterawan muda sedang digilap untuk mengganti generasi printis ini. InshaAllah.
