beras semua kerja deras.
Orang yang mampu (kaya, berilmu) segala
maksudnya mudah tercapai.
2) Air pun ada pasang surutnya.
Keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu tiada tetap.
3) Akal tak sekali datang, runding
tak sekali tiba.
Tidak ada usaha yang serta-merta jadi
sempurna.
4) Api kecil baik dipadam.
Basmilah kejahatan itu semasa ia kecil lagi.
5) Bagai duri dalam daging.
Sesuatu hal yang selalu terasa tidak
menyenangkan hati.
6) Bagai lebah menghimpun
madu.
Sangat rajin.
7) Bagai mengepal pasir kering.
Sangat susah hendak menyatukan orang-orang
yang berbagai-bagai fikirannya.
8) Baru bertatih hendak berlari,
tersembam.
Membuat pekerjaan yang lebih daripada yang
tersanggup.
9) Berapa tinggi terbang bangau,
akhirnya hinggap di belakang
kerbau juga.
1. Walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang
juga.
2. Walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan
balik ke negeri asal juga.
10) Baik berjagung-jagung
sementara padi belum masak.
Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik,
yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu.
