“Kakak, nak Tanya something boleh?”
Angguk.
“Why do you always look so sad?” *friend nudges*
Saya mengangkat wajah dari tugas yang sedang dilakukan lalu lihat padanya, senyum dan terus kembali ke kelas.
Sambil melangkah, sambil itu jugalah hati bermonolog. Sedihkah aku?
Terasa bibir mengukir senyuman kerana geli hati pada epic fail dalam membuat muka garang pada pelajar-pelajar.
Tidak lama selepas itu, sebelum masuk ke dewan peperiksaan, saya ditegur oleh seorang kawan.
“Fatihah, muka confident eh. Confirm ‘A’ “
Senyum. Padahal hati sedang lega kerana baru keluar tandas.
Lalu akhir-akhir ini pula, saya teringat pada peristiwa di mana diri ini ditolak dari menyertai sekumpulan kawan-kawan.
“Boleh awak add saya dalam group whatsapp tu?”
“Err…awak baik sangat. Tak boleh.”
(Ada 2 group chats. Satu dengan saya dalamnya, lagi satu tanpa saya. Siapa tak terasa?)
—–
Begitulah sebahagian peristiwa-peristiwa yang telah saya alami dan ia berdasarkan pengalaman peribadi sendiri. Kadangkala ianya melucukan. Dan ada juga yang menyakitkan.
Sebelum saya mulakan persoalan yang ingin dikemukakan, saya berdoa agar Allah menjadikan saya sebagai seorang hamba yang lebih baik dari apa yang mereka sangkakan. Ameen.
Manusia itu dijadikan agar boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Maka itu merupakan sebab utama kenapa ekpresi muka saya berbeza pada golongan yang berbeza.
Tetapi apa yang saya ingin tumpukan pada coretan hari ini ialah pada pengalaman yang terakhir. Pengalaman itu telah membuat saya berfikir dua tiga kali apa maknanya sebuah persahabatan.
Pengalaman itu telah membuat saya sedar yang mereka bukan sahabat yang dicari.
Namun begitu, setiap kata-kata nasihat dari mereka tetap saya pegang dengan kukuh dan simpan dengan rapi. InshaAllah.
Pengalaman itu membuat saya terfikir.
Bagaimana sepatutnya saya membawa diri saya?
Agar boleh didekati tetapi tidak pula melanggar syariat.
Fahamkan?
Seorang ustaz pernah dilaporkan dalam akhbar bahawa niatnya mendekati belia-belia dan caranya untuk menjadi seperti mereka itu akhirnya telah mengubahnya dan membuatnya benar-benar seperti mereka.
Itu yang saya khuatiri. Bukan kita yang mengubah orang tetapi orang yang mengubah kita (naudzubillah!!) Jika terlalu ikutkan trend untuk dapat “diterima” oleh mereka, takut-takut kita yang ditarik pula. Sebaliknya, jika tetap dengan pendirian, kelak kita akan dilabel sebagai stok baik dan kejadian seperti yang telah saya alami akan terjadi.
Oleh sebab itu,
Apa sebenarnya pendirian, jalan dan cara yang sebaiknya?
Ya, memang ikut Rasulullah s.a.w.
Tetapi di mana letakknya garis yang memisahkan diantara keduanya?
Sederhana itu impian semua. Namun ia, sukar dikecapi.
Allahu mustaan.
