Dinar dan dirham. Mata wang yang ingin dikembalikan pada zaman ini bukan hanya sebagai penyelamat ekonomi. Lebih utama lagi, ia memainkan peranan sebagai jalan untuk kembali pada Allah dan (inshaAllah) meraih redhaNya.
Saya melungsuri lelaman Facebook seperti biasa. Selepas beberapa post yang dibaca, terlihat pula post dari Ustaaz N. Hmm, majlis ilmu mengenai Dinar dan Dirham. Sejujurnya, telah lama isu ini membelenggu fikiran saya. Frust juga kerana saya orangnya tidak suka dengar kehujahan dari sebelah pihak tanpa mendengar apa yang boleh disampaikan oleh pihak yang lagi satu. Juga, saya lebih suka untuk mendengar terus dari empunya diri.
Hmmm~ Penjelasan dari Ustaaz sendiri! Percuma! Dekat dengan tempat tinggal pula tu. Alhamdulillah. Saya fikir saya akan ke majlis itu seorang diri…Namun syukur, ada teman yang turut ingin tahu mengenai isu hangat ini.
Tidak rugi kan Amirah? Dapat kek percuma Alhamdulillah. Allah sahaja yang dapat membalas jasa hamba yang baik hatinya.
Terus terang saya katakan bahawa saya masih keliru mengenai isu ini. Bukan apa. Tetapi perbincangan mengenai ekonomi sahaja sudah boleh membuat saya…lost. Pelajaran mengenai Riba‘ memang sudah lama saya keliru. Yang saya genggam kuat hanyalah definisinya.
Riba‘ adalah yang bertambah dan lambat dilunaskan (secara amnya).
Maka itu…..apa yang saya ingin tekankan di sini adalah…
…BEGITU CETEKNYA ILMU SAYA. đ„
Akan tetapi, ada sesuatu yang amat menarik dan ia telah bermain di benak fikiran saya sejak majlis itu.
Mata wang kita disandarkan pada jatuh naiknya mata wang Amerika.
Soalannya, mana mungkin ada kayu ukur yang tidak tetap?
Maksudnya, tiada siapa yang berfikiran rasional akan mengukur sesuatu dengan pembaris yang sekejap 20cm, sekejap 31cm kan?
Maka, kayu ukur sesuatu harus TETAP.
Dalam hal ini, emas dan perak ada nilai yang tetap.
Tambahan lagi, ia mempunyai nilai yang semulajadi.
Bak kata inggerisnya, IT HAS INTRINSIC VALUE.
Esok merupakan sambungan bagi majlis ilmu itu. Moga Allah memberi saya, Amirah dan semua yang hadir kefahaman yang haqq. Yang Benar.
InshaaAllah. Ameen.
